FoLLoweRs

Friday, June 11, 2010

HORmaTiLaH & HaRGai PeRaSaaN SeSaMa ManuSia

salam.


lama rasanya saya dah tinggalkan halaman blog ni. baru ade kesempatan untuk post entry baru.=)

al-kisah....

sepanjang saya berada di institut pendidikan guru kampus temenggung ibrahim JB, banyak juga pengalaman baru yg dapat saya kutip dan saya ingin kongsikan bersama. biasalah, berada di negeri orang, walaupun dalam jangka masa yg pendek, tapi rasanya terlalu lama. banyak ragam manusia dapat diperhatikan dan banyak juga kelemahan sendiri yang disedari. jadi, dalam banyak2 pengalaman yg saya perolehi, suka saya ingin kongsikan di sini mengenai tingkah laku & akhlak sesama manusia.

saya...seorang yg agak tegas. kalau satu2 perkara tu saya tak gemar, maka saya kadang2 tak mampu sorokkannya @ berpura-pura untuk suka. samada akhirnya ia terluah dari kata-kata, terlihat dek jelingan & pandangan saya mahupun dari pergerakan dan perbuatan saya. perkara ini kadang-kadang berlaku tanpa kita sedari tetapi dilihat atau dinilai oleh orang lain. walaupun macam tu, apa yg pasti perkara ini saya mampu atasi bila berhadapan dengan sahabat2 atau orang yang baru dikenali atau orang yg lebih tua. saya biasanya gagal mengawalnya bile berhadapan dengan orang-orang yg terapat dengan saya sahaja. justeru, teguran mereka buat saya berusaha mengubahnya.

kuasa Allah buat saya bertemu dengan insan-insan seperti ini juga. berdampingan dengan mereka buat saya kurang selesa pada satu-satu masa. bila dia didatangi penat, masalah atau perkara-perkara yg tidak menggembirakan, dia seperti melepaskannya kepada kita. bila kita bertanya, dia tidak menjawab. jika menjawab sekalipun, kite boleh sedar bahawa dia langsung tidak berminat (hanya dengan anggukan, gelengan atau sepatah kata). kalau suasana seperti mendesaknya menjawab, dia seakan-akan meninggi suara. bila perkara ini kerap berlaku, agak-agaknya apa berlaku kepada kite yang berdamping dengannya? secara jujur, saya fed-up.

bila saya mula fed-up, saya pula menyimpan rasa di dalam hati. apa yang saya fikirkan adalah 'semua orang punyai masa yang sama iaitu 24jam. jika kamu penat, aku juga penat. tapi aku sedaya upaya tersenyum kepada mu dan aku menjawap pertanyaanmu dengan baik. tapi kamu??' bila dah jadi keadaan sebegini, saya bermuhasabah diri. saya juga kadang-kadang berperlakuan begini dengan insan-insan yang rapat di sisi saya (seperti dinyatakan di atas). jadi baru saya sedar begini rasanya bila kite selalu 'buat muka' dengan orang. orang jadi geram dan terasa hati dengan kita. jadi inilah perasaan orang yang berdampingan dengan saya ketika saya yang buat perangai sebegini.

saya boleh sabar kalau ia hanya berlaku pada saya, tapi bila melihatkan dia 'tetap buat muka' di hadapan orang yang lebih tua (malah tidak begitu mengenalinya), saya jadi sangat2 kecewa. saya berharap saya tidak pernah dan tidak akan berperlakuan begini kerana saya tahu kini, teruklah perasaan orang yang menerima tingkah kita itu.

justeru saya menekankan konsep Ihtiram iaitu saling menghargai atau saling hormat menghormati kepada sesama manusia. Saling menghargai adalah satu sikap yang harus dimiliki oleh setiap muslim sebagai wujud dari Akhlaqul mahmudah.

Dalam pergaulan sehari-hari kita dituntut untuk menampakkan akhlak yang mulia dalam tutur kata dan perilaku dan bahkan menjadi syarat kesempurnaan Iman seorang mukmin, Rasulullah bersabda :

“Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling bagus akhlaknya. Dan orang-orang yang paling baik diantara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap istrinya.” (HR. Tirmidzi ).

jadi saya titipkan teguran ini pada diri sendiri terutamanya dan buat mereka-mereka di luar sana. manusia di sekeliling kita adalah cerminan diri kita. kita kadang-kadang tak sedar tingkah kita telah menyakiti sekeping hati. jika kita terasa hati dengan tingkah orang lain kepada kita, maka kita elakkanlah diri dari bertingkah laku sebegitu kepada orang lain kerana hati orang lain pula akan tersakiti dek perangai kita.

wallahualam.

0 MuTiArA KaTa:

LaGuMu Di HaTiKu