FoLLoweRs

Tuesday, December 1, 2009

SiApA SeBeNaR SeORaNg SaHaBaT

salam to all

hidup tanpa sahabat begitu menyakitkan..sakit kerana sunyi, sakit tanpa teman bicara dan hilang tempat berkongsi rasa..namun adalah lebih menyakitkan jika kita miliki sahabat yg tidak pernah rasa perlunya menghargai sahabat yg lain..sehingga ada pepatah mengatakan, 'dari memiliki sahabat yg buruk, lebih baik bersendirian'..

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairipadanya bau-bauan yang busuk.

bilamana kita telah memilih seseorang sebagai sahabat dan kemudian kita serahkan sepenuh kepercayaan kepadanya hingga berkongsi segala duka, tapi dia pula merendahkan kita, tidak pula menegur kesilapan kita dan terus menjaja kisah kita.. dimana harus diletakkan sahabat yg sebegini?


lantas, banyak saranan diberi utk memilih sahabat yg baik.. wahai teman2 ku, sekiranya engkau berasa perlu utk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang punyai sifat2 seperti berikut :

1) pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita, dan jika kita di dalam kekurangan, dia suka mencukupinya.
2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

alangkah indahnya jika kita punyai sahabat yg sebegini..malangnya, dewasa ini kita tak mampu memiliki sahabat sesempurna ini..mungkinkah sebenarnya kita sendiri tidak begitu, maka kita tidak berhak utk perolehinya..dari pendapat peribadi sy, jika kite sendiri tidak mampu menjadi sahabat yg sebegini, sekurang-kurangnya kita tidak menjadi sahabat yg buruk kepada insan lain. Antaranya :

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu. (ini paling banyak berlaku)
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan..

Terfikir sy sejenak, mampukah sy menjadi seorang sahabat yg punyai 5 ciri2 seperti di atas? dan adakah sy benar2 bukan seorang sahabat yg punyai 4 sifat buruk itu?

jadi suka sy mengingatkan diri sy sendiri dan juga kepada kalian supaya kite berusaha menjadi sahabat yg terbaik kepada sahabat kita..kalau tak, kita mungkin hanya seorang kawan kepada seorang insan yg lain.. kawan ketika suka dan hilang bila duka..(kawan dan sahabat beri dua definisi yg berbeza) wallahhua'lam..

*jika mungkin sy pernah menjadi sahabat yg buruk buat teman2, sy pohon sejuta kemaafan dan sy harapkan kalian juga memahami erti sebenar persahabatan.,,






wsalam

2 MuTiArA KaTa:

Anonymous said...

1)bgmn pula shbt yg suka ambil kesempatan ke atas kelmbutan ati shbt laen?
2) adkh kita bole memaafkan shbt yg tikam kita dr belakang?
3) sy ad situasi dan sy ingin berkongsi bersama
a) saya sudah bershbt baik dgn individu ini terlalu lama, kami pergi tusyen sama dan pernah die berasa risau apabila minyak motornye seakan kehabisan dan tidak cukup...saya menegur ko bukn sorg, ak ad, sush same2 la
b) situasi kedua, die pernah membntu saya walaupn sudah jauh malam, die bwk ayahnye skali untk membn2 dan sy terasa amat terhutang budi
4) clapnya cuma 1, apabila die pts dgn gfnye, sy menegur scr berseloroh tp mgkn die x bole trima apabila menegur sy blik dgn mmbri kenyataan yg berkaitan dgn agama smbl memerli sy yg tidk bersekolah agama, die cb rapat dgn ramai wanita dan salah sorgnye rakan saya, sy cb bg hint kat die supaya jgn sbb saya tahu die maseh sygkn gfnye dgn mengatakn jm kite betting sape dpt dlu kwn pmpuan kami 2...ats alsn nie die gunakan sy...die menipu sy dgn mengatakn kwn pmpuan sy nie nk jupe sy pdhl x de pn, sy cuma beri adiah pada kwn pmpuan sy nie apbl die terasa spti ditipu dan mengadu tidk pernah dapat adiah tersebut drpd shbt sy nie...yg menyebbkn sy skt ati, die ingn melpskn kwn pmpuan kami krn sudh berbaik semula dgn gfnye dan sy dijdkn sbgi pggnti, scr jujur sy nie sprti lurus bendul tp ble org khianati saya,sukar sy maafkan...sy terasa lebih skt ati apbl sy terpksa menolak lamrn seorg wanita yg saya minati kerana sy bersama dgn kwn permpuan sy skrang...sy spti ditipu bulat2 oleh org yg sy percaya...adkh sy berdosa tidk memaafkn shbt sy sehingga skrang?sekarang shbt sy bhgia dgn gf yg telh menjadi tungnya...sy?bersama dgn individu yg tidak sy cintai dan tidak pulk sy lepskn krn prinsip sy

silalah komen...

nEd~Ya said...

salam.

maaf kerana lambat respon pada komen saudara. time kasih coz sudi berkongsi kisah..

sy juga pernah alami ape yg saudara alami. ditikam dari belakang dan diambil kesempata ats kelembutan hati. dan puncanya tak lain tak bukan pasal cinta & lelaki. cume kisah kita berbeza situasinya.

berdosa atau tidak saudara, bukanlah sy yg mampu utk tentukan. tp apa yg pasti, kite disarankan untuk memaafkan kesalahan org lain dan adalah berdosa jika kite memutuskan sillaturrahim. dan pepatah yg biasa kite dgr 'jgnlah kite mengingati keburukan org lain tetapi ingatilah keburukan kite terhadap org lain dan ingatilah kebaikan org lain tp lupakanlah kebaikan yg kite lakukan pd org lain '..

sy rasa saudara faham..
bukan mudah utk lupakan segalanya apatah lg melibatkan pengkhianatan. tp utk lupakan ia, kite kene memaafkan dan tiada dendam. beri peluang pada teman saudara utk menjelaskan segalanya. setiap yg berlaku ada rasionalnya. dan kite jgn lupa, yg semua manusia ada kelemahan. anggaplah ini kesilapan sahabat saudara.
ingati saat2 yg baik dlm persahabatn kalian dan sy yakin sahabat saudara pasti pernah meminta maaf drpada saudara. huluran maaf yg disambut tanpa dendam akan jernihkan kembali ukhuwah..
dari segi teguran, mungkin cara saudara telah mengguris perasaanya. atau die tak faham yg saudara sedang berseloroh. atau mgkin juga die tiada niat memerli saudara dan hanya berseloroh juga. jadi disini, kite boleh lihat wujud salah faham kan? jika kalian sudah lama bersahabat, pasti kalian kenal sahabat kalian. mudahkah die terasa? sukarkah die menerima teguran? mudahkah die melenting dll. renung kembali..

tentang kebahagiaan nye dan kebahagiaan saudara, kita perlu yakin akan jodoh yg ditentukan Allah. andai pmpuan yg saudara minati itu jodoh saudara, ia akan kembali. jika tidak, apa yg saudara miliki kini adalah yg terbaik. kite boleh istikharah, kalau saudara yakin pmpuan sekarang tiada langsung dalam hati saudara, berterus teranglah. jgn mainkan perasaannya. prinsip itu ciptaan kita dan kita juga yg boleh mengubahnya. jgn hukum diri sendiri dan jgn hukum perasaan cinta org lain..wallahualam.

jika ada sy tersalah kata, sy mohon maaf..moge sikit sbyk, ia dapat mmbantu saudara.

LaGuMu Di HaTiKu