FoLLoweRs

Friday, June 11, 2010

HORmaTiLaH & HaRGai PeRaSaaN SeSaMa ManuSia

salam.


lama rasanya saya dah tinggalkan halaman blog ni. baru ade kesempatan untuk post entry baru.=)

al-kisah....

sepanjang saya berada di institut pendidikan guru kampus temenggung ibrahim JB, banyak juga pengalaman baru yg dapat saya kutip dan saya ingin kongsikan bersama. biasalah, berada di negeri orang, walaupun dalam jangka masa yg pendek, tapi rasanya terlalu lama. banyak ragam manusia dapat diperhatikan dan banyak juga kelemahan sendiri yang disedari. jadi, dalam banyak2 pengalaman yg saya perolehi, suka saya ingin kongsikan di sini mengenai tingkah laku & akhlak sesama manusia.

saya...seorang yg agak tegas. kalau satu2 perkara tu saya tak gemar, maka saya kadang2 tak mampu sorokkannya @ berpura-pura untuk suka. samada akhirnya ia terluah dari kata-kata, terlihat dek jelingan & pandangan saya mahupun dari pergerakan dan perbuatan saya. perkara ini kadang-kadang berlaku tanpa kita sedari tetapi dilihat atau dinilai oleh orang lain. walaupun macam tu, apa yg pasti perkara ini saya mampu atasi bila berhadapan dengan sahabat2 atau orang yang baru dikenali atau orang yg lebih tua. saya biasanya gagal mengawalnya bile berhadapan dengan orang-orang yg terapat dengan saya sahaja. justeru, teguran mereka buat saya berusaha mengubahnya.

kuasa Allah buat saya bertemu dengan insan-insan seperti ini juga. berdampingan dengan mereka buat saya kurang selesa pada satu-satu masa. bila dia didatangi penat, masalah atau perkara-perkara yg tidak menggembirakan, dia seperti melepaskannya kepada kita. bila kita bertanya, dia tidak menjawab. jika menjawab sekalipun, kite boleh sedar bahawa dia langsung tidak berminat (hanya dengan anggukan, gelengan atau sepatah kata). kalau suasana seperti mendesaknya menjawab, dia seakan-akan meninggi suara. bila perkara ini kerap berlaku, agak-agaknya apa berlaku kepada kite yang berdamping dengannya? secara jujur, saya fed-up.

bila saya mula fed-up, saya pula menyimpan rasa di dalam hati. apa yang saya fikirkan adalah 'semua orang punyai masa yang sama iaitu 24jam. jika kamu penat, aku juga penat. tapi aku sedaya upaya tersenyum kepada mu dan aku menjawap pertanyaanmu dengan baik. tapi kamu??' bila dah jadi keadaan sebegini, saya bermuhasabah diri. saya juga kadang-kadang berperlakuan begini dengan insan-insan yang rapat di sisi saya (seperti dinyatakan di atas). jadi baru saya sedar begini rasanya bila kite selalu 'buat muka' dengan orang. orang jadi geram dan terasa hati dengan kita. jadi inilah perasaan orang yang berdampingan dengan saya ketika saya yang buat perangai sebegini.

saya boleh sabar kalau ia hanya berlaku pada saya, tapi bila melihatkan dia 'tetap buat muka' di hadapan orang yang lebih tua (malah tidak begitu mengenalinya), saya jadi sangat2 kecewa. saya berharap saya tidak pernah dan tidak akan berperlakuan begini kerana saya tahu kini, teruklah perasaan orang yang menerima tingkah kita itu.

justeru saya menekankan konsep Ihtiram iaitu saling menghargai atau saling hormat menghormati kepada sesama manusia. Saling menghargai adalah satu sikap yang harus dimiliki oleh setiap muslim sebagai wujud dari Akhlaqul mahmudah.

Dalam pergaulan sehari-hari kita dituntut untuk menampakkan akhlak yang mulia dalam tutur kata dan perilaku dan bahkan menjadi syarat kesempurnaan Iman seorang mukmin, Rasulullah bersabda :

“Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling bagus akhlaknya. Dan orang-orang yang paling baik diantara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap istrinya.” (HR. Tirmidzi ).

jadi saya titipkan teguran ini pada diri sendiri terutamanya dan buat mereka-mereka di luar sana. manusia di sekeliling kita adalah cerminan diri kita. kita kadang-kadang tak sedar tingkah kita telah menyakiti sekeping hati. jika kita terasa hati dengan tingkah orang lain kepada kita, maka kita elakkanlah diri dari bertingkah laku sebegitu kepada orang lain kerana hati orang lain pula akan tersakiti dek perangai kita.

wallahualam.

Tuesday, December 1, 2009

SiApA SeBeNaR SeORaNg SaHaBaT

salam to all

hidup tanpa sahabat begitu menyakitkan..sakit kerana sunyi, sakit tanpa teman bicara dan hilang tempat berkongsi rasa..namun adalah lebih menyakitkan jika kita miliki sahabat yg tidak pernah rasa perlunya menghargai sahabat yg lain..sehingga ada pepatah mengatakan, 'dari memiliki sahabat yg buruk, lebih baik bersendirian'..

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairipadanya bau-bauan yang busuk.

bilamana kita telah memilih seseorang sebagai sahabat dan kemudian kita serahkan sepenuh kepercayaan kepadanya hingga berkongsi segala duka, tapi dia pula merendahkan kita, tidak pula menegur kesilapan kita dan terus menjaja kisah kita.. dimana harus diletakkan sahabat yg sebegini?


lantas, banyak saranan diberi utk memilih sahabat yg baik.. wahai teman2 ku, sekiranya engkau berasa perlu utk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang punyai sifat2 seperti berikut :

1) pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita, dan jika kita di dalam kekurangan, dia suka mencukupinya.
2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

alangkah indahnya jika kita punyai sahabat yg sebegini..malangnya, dewasa ini kita tak mampu memiliki sahabat sesempurna ini..mungkinkah sebenarnya kita sendiri tidak begitu, maka kita tidak berhak utk perolehinya..dari pendapat peribadi sy, jika kite sendiri tidak mampu menjadi sahabat yg sebegini, sekurang-kurangnya kita tidak menjadi sahabat yg buruk kepada insan lain. Antaranya :

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu. (ini paling banyak berlaku)
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan..

Terfikir sy sejenak, mampukah sy menjadi seorang sahabat yg punyai 5 ciri2 seperti di atas? dan adakah sy benar2 bukan seorang sahabat yg punyai 4 sifat buruk itu?

jadi suka sy mengingatkan diri sy sendiri dan juga kepada kalian supaya kite berusaha menjadi sahabat yg terbaik kepada sahabat kita..kalau tak, kita mungkin hanya seorang kawan kepada seorang insan yg lain.. kawan ketika suka dan hilang bila duka..(kawan dan sahabat beri dua definisi yg berbeza) wallahhua'lam..

*jika mungkin sy pernah menjadi sahabat yg buruk buat teman2, sy pohon sejuta kemaafan dan sy harapkan kalian juga memahami erti sebenar persahabatan.,,






wsalam

Wednesday, November 11, 2009

UnTuKmU SuAmI



Siapa pun isterimu, dia tetap istimewa..
Carilah isteri melalui jalan yg mulia
Supaya pernikahan diberkati selamanya...

Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah

pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
...amin...

Monday, October 19, 2009

KeNaPa WaNiTa MeNaNGiS

Salam..

Air mata kehidupan

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak. Saya tak mengerti ibu, kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis? Ibumu
menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita. Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

Tuesday, May 5, 2009

SuRaT SaYaNg DaRi ALLAH S.W.T

Assalamualaikum..
Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata memintapendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmuhari ini atau kelmarin ......Tetapi AKU melihat engkau begitu sibukmempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untukberhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusis elama lima belas minit tanpa melakukan apapun.Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicarakepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkankabar terbaru.
AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.Sebelum makan siang AKU melihatmu memandangsekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmuberbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya .......
Masih ada waktuyang tersisa dan AKU berharap engkau akanberbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan.Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapikembali kau tidak berbicara kepadaKU .........
Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.Setelah mengucapkan selamat malam kepadakeluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadiruntukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. Bahkan AKU ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain.AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKUmenantikan sepatah kata, do'a, pikiran atau syukurdari hatimu.
Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dankembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu........ takkunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU.
Subuh ........ Zuhur .......Asar ..........Maghrib ......... Isya' dan Subuhkembali, kau masih mengacuhkan AKU.... tak adasepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untukbersujud kepadaKU .........Apa salahKU padamu ...... wahai HAMBAKU?????
Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KUberikan, harta yang KU relakan, makanan yang KUhidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingatKepadaKU............!!!!!!!Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKUtetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimu setiap saat ........
Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Sunday, February 22, 2009

AnaK KeCiL & SeKeTuL BaTu

Assalamualaikum..
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.> Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , dia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat. Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya. Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran>> Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dgn kelebihan yg sementara..
Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Saturday, February 14, 2009

MeNaNTi Yg LeBiH BaIk LaGi

Assalamualaikum..

pertanyaan : Apabila datang kepadaku seorang pemuda yg hendak meminangku, ia adalah seorang pemuda yg menjaga solatnya serta agamanya pun baik, akan tetapi aku masih mencari lagi pemuda yg lebih sempurna dari pemuda ini baik agama mahupun kecerdasannya. maka apakah boleh aku menolak pinangannya?

Jawapan : kadang2 org yg berlambat2 diri itu (sebenarnya) telah memperoleh sebahagian hajatnya' dan kadang2, ketergelincirian itu bersama org yg tergesa2. dan kemungkinan kemuliaan boleh terlepas dari suatu kaum. kerana tidak bersegera (mengambilnya)sehingga berfikiran utk tergesa2 (mengambilnya).

Ana billah walillah ma'allah.
Wsalam.

LaGuMu Di HaTiKu